- JBS Kelantan
- Hits: 6
PASUKAN BOLA JARING TANAH MERAH BERI TENTANGAN HEBAT DI LSK NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 6
Tanah Merah, 27 Julai 2026 – Kejohanan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Daerah Tanah Merah telah diwakili oleh dua pasukan iaitu Tanah Merah A dan Tanah Merah B yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan peringkat negeri selepas mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat daerah.
Pasukan Tanah Merah B telah menunjukkan aksi yang membanggakan apabila berjaya mara sehingga ke pusingan kedua sebelum perjuangan mereka terhenti. Sementara itu, Tanah Merah A turut memberikan saingan sengit namun tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.
Walaupun tidak berjaya melangkah lebih jauh, kedua-dua pasukan telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Penyertaan di peringkat negeri ini diharap dapat menjadi pengalaman berharga dalam meningkatkan mutu permainan serta memperkukuhkan persiapan menghadapi kejohanan pada masa hadapan.
Semoga pengalaman yang diraih menjadi pembakar semangat untuk kembali lebih kuat dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
