- JBS Kelantan
- Hits: 5
PASUKAN FUTSAL TANAH MERAH PAMER SEMANGAT JUANG DI LSK NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 5
Tanah Merah, 27 Julai 2026 – Kejohanan Futsal sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 25 Julai 2026 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Daerah Tanah Merah telah menghantar dua pasukan iaitu Tanah Merah A dan Tanah Merah B bagi mewakili daerah dalam kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negeri Kelantan. Penyertaan ini merupakan hasil daripada prestasi cemerlang kedua-dua pasukan di peringkat daerah sebelum ini.
Walaupun kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi serta aksi yang kompetitif sepanjang saingan, mereka gagal meneruskan kemaraan selepas tewas di peringkat kumpulan. Namun begitu, pengalaman yang diperoleh sepanjang kejohanan ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk meningkatkan prestasi dan memperkukuhkan persiapan bagi menghadapi kejohanan pada masa akan datang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta pegawai pasukan atas komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
