PENILAIAN UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI PENGAMBILAN PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1

KOTA BHARU, 26 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah melaksanakan Penilaian Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi urusan pengambilan Pembantu Keselamatan Gred KP1, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Panji.

Penilaian ini bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal calon sebagai antara syarat utama dalam proses pemilihan, bagi memastikan setiap calon memenuhi standard kecergasan yang ditetapkan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Seramai 14 orang penguji daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah terlibat dalam pelaksanaan penilaian ini yang diketuai oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan selaku Ketua Penguji. Penilaian dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian UKJK yang telah ditetapkan bagi memastikan proses berjalan secara telus, adil dan profesional.

Komitmen tinggi barisan penguji serta kerjasama semua pihak yang terlibat telah memastikan penilaian berlangsung dengan lancar dan teratur. Diharapkan proses ini dapat membantu melahirkan calon Pembantu Keselamatan Gred KP1, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan yang berkualiti, berdisiplin serta memiliki tahap kecergasan fizikal yang memenuhi keperluan perkhidmatan awam.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search