KONTINJEN GUA MUSANG RAIH TEMPAT KETIGA BERSAMA DALAM KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

GUA MUSANG, 26 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 pada 25 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan ini menghimpunkan penyertaan pasukan-pasukan yang mewakili daerah-daerah di seluruh Negeri Kelantan sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan pembangunan sukan komuniti di peringkat negeri.

Daerah Gua Musang telah menghantar dua pasukan bagi menyertai kejohanan tersebut, iaitu Gua Musang A dan Gua Musang B. Pasukan Gua Musang A telah mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya meraih tempat ketiga bersama, manakala Gua Musang B menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Turut hadir membuat pemantauan sepanjang kejohanan ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Kehadiran beliau bertujuan memantau perjalanan program serta memberi sokongan dan semangat kepada kontinjen Gua Musang sepanjang kejohanan berlangsung.

Pencapaian yang diraih oleh pasukan Gua Musang A membuktikan komitmen dan kesungguhan atlet daerah dalam mengharumkan nama Gua Musang. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan futsal di daerah Gua Musang serta mendorong lebih ramai belia untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search