PBSD TANAH MERAH TINJAU LOKASI KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH 2026

Tanah Merah, 28 Julai 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan di Raja Dagang Resort, Pasir Puteh sebagai persediaan bagi penganjuran Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2026.

Lawatan tapak tersebut telah dihadiri oleh Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah serta Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau kemudahan serta kesesuaian lokasi bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan peserta. Selain itu, aspek penginapan, dewan aktiviti, kemudahan riadah, keselamatan serta penyelarasan logistik turut diberi perhatian bagi menjamin keselesaan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 merupakan antara inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan jati diri belia di samping memupuk nilai prihatin terhadap masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang kem.

Diharapkan segala persiapan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna agar program ini mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada pembangunan belia di daerah Tanah Merah.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search