TINJAUAN LATIHAN INTENSIF PARA OLAHRAGA DAN PARA POWERLIFTING KELANTAN

PANJI, 26 Julai 2026 – YB Zamakhshari bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan telah mengadakan tinjauan ke sesi latihan intensif atlet Para Olahraga dan Para Powerlifting Kelantan yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Panji.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau persiapan atlet-atlet para negeri Kelantan yang sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Temasya Para SUKMA Selangor 2026. Dalam sesi tersebut, YB Zamakhshari turut beramah mesra bersama atlet dan jurulatih serta memberikan kata-kata semangat agar mereka terus berusaha dengan penuh komitmen demi mengharumkan nama negeri Kelantan di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai serta semua pihak yang sentiasa komited dalam membangunkan sukan para di negeri ini, sekali gus memastikan kebajikan dan pembangunan atlet terus diberi perhatian.
Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Cik NorFadhilah binti Junkipili, Penolong Pengarah, Majlis Sukan Negara Kelantan dan En. Mahmood bin Deraman, Presiden PESRON Kelantan.

Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan atlet para Kelantan dalam melakar lebih banyak kejayaan, sekali gus mengangkat martabat sukan negeri di persada yang lebih tinggi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search