Sarikei, 10 Disember 2025 : Satu Mesyuarat MAKSAK Bahagian Sarikei Bil.1/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 12, Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Y.Brs Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Turut hadir bersama, Puan Jamaika binti Marciano mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Mesyuarat tersebut membentangkan Laporan Aktiviti MAKSAK Bahagian yang dilaksanakan pada tahun 2025, Kejohanan MAKSAK Sarawak antara Bahagian Tahun 2025, Program MAKSAK Wanita Tahun 2025 dan Perancangan Aktiviti MAKSAK Bahagian Sarikei untuk tahun 2026.
KAPIT, 10 Disember 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah terpilih sebagai auditi perintis bagi pelaksanaan Projek Rintis Pengauditan Pengurusan Kewangan menerusi modul Self-Assessment Audit (SAA) dalam sistem iAREF.
Susulan pemilihan tersebut, Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh Ketua UAD, Encik Jimmy bin Tiven @ William Stephen telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat ini pada 8 Disember lalu.
Kehadiran pihak UAD KBS bertujuan melaksanakan pengauditan susulan terhadap pengurusan kewangan menggunakan modul baharu ini. Sesi ini turut merangkumi penyusulan terhadap penemuan audit terdahulu serta proses semakan dan pengesahan ketepatan maklumat yang telah dikunci masuk ke dalam sistem SAA bermula November 2025.
Pelaksanaan kaedah pengauditan sebegini amat penting dalam membantu memperkukuh kawalan dalaman pejabat. Ia juga bagi memastikan setiap prosedur kewangan dipatuhi selaras dengan peraturan dan garis panduan ditetapkan, sekaligus mempertingkatkan tahap akauntabiliti dan integriti jabatan dalam mentadbir urus kewangan dengan lebih telus dan efisien.
BINTULU, 10 DISEMBER 2025: Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen Anak Satong telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 Zon Utara di Pejabat Residen Bintulu pada Jumaat lepas. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Abang Zainuddin bin Haji Awang Turkey.
Mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai - pegawai dari pejabat residen, Majlis Sukan Negeri, SSC, MySED, serta persatuan induk dari 3 bahagian dari utara Sarawak iaitu Limbang, Miri dan Bintulu itu bertujuan untuk menyelaras penyertaan atlet ke pertandingan tersebut.
Sebanyak 11 acara yang akan dipertandingankan dalam SUKSAR IV ini iaitu ping pong, bola keranjang, karate, petanque, softbol, sepak takraw, tinju, angkat berat, berbasikal, bola jaring dan taekwando. SUKSAR tahun 2026 akan dilaksanakan di bahagian Sri Amam dan Betong pada 5-8 februari tahun 2026.
Betong, 9 Disember 2025 - Pada 27 November 2025 telah diadakan Taklimat Penutupan Akhir Tahun (PAT) bagi tahun kewangan 2025 Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sri Aman bersama Pusat Tanggunjawab (PTJ) dibawah seliaan mereka. Taklimat telah diadakan bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman.
Tujuan taklimat ini adalah sesi penerangan mengenai prosedur, garis panduan dan tarikh akhir untuk penutupan akaun pada akhir tahun kewangan. Ia bertujuan untuk memastikan semua jabatan atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) dapat melakukan proses penutupan akaun dengan lancar, tepat dan mengikut prosedur serta mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Puan Norfatihah Binti Moh, Pembantu Tadbir (P/O) turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 9 Disember 2025 - Sesi penyerahan Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia kepada Kelab Belia Pekan (KBPD) telah diadakan pagi ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Pencapaian Kelab Belia Pekan (KBPD) berjaya memperoleh penarafan empat (4) bintang bagi tahun 2024 daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Sesi penyerahan sijil telah dihadiri oleh pengerusi kelab tersebut iaitu Saudara Abg Mohd Amirul Afaeq bin Dahlan.
Sijil penarafan telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj.Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, sebagai tanda penghargaan terhadap keaktifan kelab tersebut dalam membantu pejabat menganjurkan pelbagai program pembangunan belia dan rakan muda di Betong. Selain itu Kelab Belia Pekan Debak juga aktif mengelola program dan aktiviti bersama belia, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat. Diharapkan kelab ini akan terus maju dan menjadi contoh kepada pertubuhan belia lain di Bahagian Betong.
Sibu, 9 Dis 2025 - Pejabat ini telah terpilih sebagai auditi perintis bagi pelaksanaan pengauditan pengurusan kewangan melalui modul SAA di sistem iAREF yang dilaksanakan bermula November 2025 yang lepas oleh pihak Unit Audit Dalam KBS yang diketuai oleh Encik Jimmy bin Tiven @ William Stephen selaku Ketua UAD KBS.Pihak UAD KBS telah hadir ke pejabat hari ini bagi melaksanakan pengauditan susulan pengurusan kewangan menggunakan modul ini yang merangkumi penyusulan terhadap penemuan-penemuan audit yang dibangkitkan semasa pengurusan kewangan pada tahun 2019. Selain itu, semakan dan pengesahan ketepatan maklumat yang telah dikunci masuk ke dalam SAA juga dilaksanakan.Dengan adanya pengauditan seperti ini dapat membantu memperkukuh kawalan dalaman serta memastikan setiap prosedur kewangan dipatuhi selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan serta secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap akauntabiliti dan integriti jabatan dalam mentadbir urus kewangan dengan lebih telus.
Kuching, 6 Disember 2025- Program Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di atas Sarawak River Cruise pada 6 Disember 2025. Acara yang menghimpunkan lebih 70 sukarelawan dari seluruh negeri ini dirasmikan oleh Puan Hafizah Binti Dahlan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Memangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak,tuturt hadir bersama Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fatimah Binti Abdul Rahman dan pegawai-pegawai Belia Dan sukan Negeri Sarawak serta rakan strategik yang sentiasa menyokong usaha pembangunan belia di Sarawak.
Majlis ini menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya Majlis Apresiasi Sukarelawan SATRIA paling aktif yang memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Selain itu, sesi Perkongsian Figura Inspirasi Sukarelawan turut menjadi tumpuan apabila figura berpengalaman berkongsi kisah perjuangan dan cabaran dalam dunia kesukarelawanan.
Turut berlangsung ialah Pertandingan Foto Bertemakan Kesukarelawanan dan Alam Semulajadi yang menyaksikan penyertaan kreatif daripada golongan belia, sekali gus memperlihatkan semangat dan nilai murni yang digarap melalui lensa fotografi. Suasana santai di atas Sarawak River Cruise turut membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi dan membina jaringan kerjasama baharu.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya menyemarakkan lagi budaya kesukarelawanan belia serta memperkukuh ekosistem pembangunan belia di negeri Sarawak.
Sarikei, 8 Disember 2025 : Taklimat tersebut telah dihadiri Encik Nyawin Anak Sirai, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) PBSB Sarikei. Taklimat tersebut diadakan pada 4 Disember 2025 lepas bertempat di Sarikei Innovation Center (SIC). Taklimat tersebut juga telah diisi dengan slot Perkongsian dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Sibu berkaitan Taklimat Bijak Kewangan, Kesedaran Daftar CRISS dan Pencerahan Scam. Taklimat Penutupan Akaun 2025 adalah sesi penerangan dan panduan yang diadakan oleh agensi kerajaan (seperti JBSN, Jabatan Akauntan Negara, UPM, atau Pejabat Kewangan Negeri) menjelang akhir tahun kewangan 2025 (31 Disember) untuk memastikan semua entiti kerajaan dapat menyelesaikan urusan perakaunan, penyata, dan pelaporan kewangan mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum akaun ditutup untuk tahun tersebut, termasuk pengurusan baki peruntukan dan rekod transaksi.
MIRI, 8 DISEMBER 2025 – Seluruh warga kerja Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah hadir menyantuni jemputan Persatuan Belia Kristian Rhema ke Majlis Apresiasi sempena sambutan pra Krismas 2025 yang diadakan di Hotel Dynasty, semalam.
Majlis Apresiasi kali ke-11 tersebut turut disertai oleh rakan kerjasama program Rhema sepanjang tahun 2025 iaitu Kelab Sukan Rekreasi Energetic, Kelab Sukan Permotoran Seven Stone dan beberapa penaja yang turut menyumbang kepada program Rhema. Persatuan Belia Kristian Rhema bergerak aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, kerohanian, pendidikan dan kepimpinan bersama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan komuniti Miri khususnya di luar bandar sejak tahun 2014.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan belia Rhema kepada komuniti Miri selama ini. Semoga Persatuan Belia Kristian Rhema akan terus aktif dan dedikasi dalam melaksanakan program pembangunan belia bersama KBS, agensi setempat, NGO belia dan sukan lain pada tahun akan datang.