- JBS Sarawak
- Hits: 19
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : Jamaika binti Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 11 Mei 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sangat berbesar hati dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Meradong dan SMK Bandar Bintangor selaku tuan rumah program bagi melaksanakan program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sarikei. Mesyuarat tersebut telah dibentangkan oleh Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Sarikei dan turut bersama Encik Zulfadhli bin Leonardo, Cawangan Pentadbiran dan Kewangan PBSB Sarikei. Turut bersama hadir Encik Mahathir bin Mahdini, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Unit Pembangunan Bakat Murid), Encik Rashid bin Hassan, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Meradong, Encik Leo Anak Mathias, Pengetua SMK Bandar Bintangor, Pn. Law Sie Ngo, Pengetua SMK Tong Hua, Cikgu Hasminie bin Hussen, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kai Chung dan Cikgu Wong Siew Ping wakil pengetua SMK Meradong dan ahli Kelab Belia Bintangor dan Kelab Rakan Muda Sarikei.
Mesyuarat tersebut meliputi penerangan konsep pelaksanaan program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2026 yang meliputi pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia (IBM), Segmen Malaysia Aktif (Senamrobik) dan Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik: Pertandingan Menari. Pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara. Sambutan Hari Belia Negara menjadi simbol kebersamaan belia dan kerajaan dalam proses membangunkan belia secara holistik serta mewujudkan suasana aman, harmoni dan semangat cintakan negara.
Semoga perancangan tersebut akan berjalan lancar setibanya sambutan tersebut dilaksanakan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
