- JBS Sarawak
- Hits: 17
Perjumpaan Ringkas PBSB Mukah Bersama Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 7 MEI 2026 – Perjumpaan antara Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Mukah dan Encik Mohd Hatamizi Mohd Zaini, Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Mukah telah diadakan pada 7 Mei 2026 bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah bagi mengetahui bilangan masjid yang terlibat dalam melaksanakan Solat Jumaat serta kapasiti jemaah di setiap masjid.
Maklumat tersebut diperlukan bagi mengetahui purata penglibatan komuniti dalam Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 dengan melaksanakan khutbah Jumaat di setiap masjid yang terlibat. Khutbah Jumaat Hari Belia Negara merupakan salah satu pengisian program berbentuk kerohanian yang akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Belia Negara dalam memartabatkan sahsiah belia serta sokongan komuniti setempat dalam pembangunan golongan belia.
