- JBS Sarawak
- Hits: 17
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
BAU, 8 Mei 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan semalam, 7 Mei 2026. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Pejabat Daerah Bau ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bau, Tuan Eddy Anak Nayoi. Sesi penyelarasan ini memfokuskan kepada perbincangan strategik dan telah dihadiri oleh wakil dari pelbagai jabatan serta agensi yang akan menggembleng tenaga dalam menjayakan program tersebut.
Dalam mesyuarat berkenaan, satu taklimat komprehensif berhubung perancangan program dan pengisian acara telah disampaikan oleh Encik Abdul Zamrie Randim, Ketua Unit, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Berdasarkan perancangan, festival berskala besar ini dijadualkan bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 22 hingga 23 Mei 2026, bertempat di REDEEMS Centre, Singai, Bau.
Bagi memastikan penganjuran kali ini kekal relevan dan memberi impak maksimum kepada pembangunan holistik generasi muda, pengisian program telah dibahagikan kepada lima segmen utama. Segmen tersebut merangkumi aspek Penciptaan dan Peluang Pekerjaan; Kepimpinan dan Kesukarelawanan; Malaysia Aktif; Inovasi dan Digital; serta Kebudayaan, Kesenian
dan Muzik.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSNSarawak
#HBN2026
