- JBS Sarawak
- Hits: 29
SARAWAK SCOUT ECO-RUN 5.0 AKAN BERLANGSUNG DI DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 7 Mei 2026 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah dilantik oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak (Daerah Sarikei) bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sarawak Scout Eco-Run 5.0 2026. Program ini akan diadakan pada 20 Jun 2026 bertempat di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu dengan melibatkan penyertaan seramai 500 orang pelari.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh wakil daripada Cawangan Trafik, Polis Daerah Sarikei, Majlis Daerah Sarikei, RELA Daerah Sarikei, Pejabat Kesihatan Bahagian, Angkatan Pertahanan Awam Sarikei dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah bersama Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah.
Dalam mesyuarat ini, beberapa perkara telah diselaraskan seperti keselamatan, kawalan lalulintas, kecemasan, penyertaan dan aktiviti sampingan.
Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei selaku pengerusi ,mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan NGO’s yang terlibat dalam membantu melicinkan penganjuran Sarawak Scout Eco-Run 5.0 pada tahun ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
