- JBS Sarawak
- Hits: 24
PBSB SARIKEI MEMBANTU BELIA UNTUK MENYERTAI PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh : Jamaika bt Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 8 Mei 2026 : Cik Dyg Nur Atigah Zainirra Binti Awang Zaini telah menghantar penyertaan sebagai Pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2026 Kategori Individu (Perempuan). Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Sarikei telah membantu dengan sebaiknya bagi pengisian kriteria yang diperlukan untuk mereka.
APBN mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia.
Anugerah ini juga untuk meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.
Semoga kejayaan mengiringi anda dan memartabatkan belia setempat untuk sentiasa bergiat aktif dalam pelbagai bidang yang diceburi.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#APBN
#pbs6d
