Mukah, 20 September 2025 : PBSB Sarikei telah bersama-sama menghadiri jemputan ke Program Jelajah Borneo-Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), Kementerian Ekonomi yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut hadir bersama yang diwakili oleh Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Program tersebut bertujuan untuk mendapat maklum balas secara terus daripada peringkat akar umbi agar perancangan pembangunan bersasar dan terangkum. Program ini jugak menekankan kepentingan penyertaan rakyat dalam memahami serta menterjemah hala tuju pembangunan negara, khususnya di Sarawak. Fokus utama RMK13 termasuk menstruktur semula ekonomi negara agar Malaysia menjadi peneraju serantau, di samping memastikan pembangunan seimbang antara wilayah.
KUCHING, 22 SEPTEMBER 2025 – Satu perbincangan bagi pelaksanaan Program Intergrasi Belia Semenanjung-Sarawak 2025 telah diadakan bersama pihak Kampung Darul Islam Belimbing Padawan bertempat di Bangunan Pengurusan Masjid, Kampung Darul Islam Belimbing Padawan.
Perbincangan ini diketuai oleh Puan Hafizah Binti Dahlan,Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama beberapa pegawai dari Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Agenda perbincangan ini adalah untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan dengan pelaksanaan program ini. Selain itu, membincangkan bagi aktiviti-aktiviti bersama keluarga angkat dan sebagainya.
Perbincangan ini menunjukkan komitmen yang sangat baik dari pihak Kampung Darul Islam Belimbing Padawan untuk memastikan pelaksanaan Program Intergrasi Belia Semenanjung-Sarawak ini berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada golongan belia. Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kampung atas kesudiaan menerima dan memberikan komitmen yang sangat baik kepada program ini kelak.
SIBU, 22 September 2025 – Mesyuarat Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat Bahagian Sibu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Residen Bahagian Sibu dengan melibatkan penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, agensi, pihak berkuasa tempatan serta badan bukan kerajaan (NGO). Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Tuan Hj. Abang Mohamad Porkan bin Abang Budiman, Residen Bahagian Sibu, bagi memastikan kelancaran penganjuran Hari Sukan Negara di peringkat bahagian dengan penyelarasan yang rapi melibatkan semua pihak berkepentingan.
Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, turut hadir dalam mesyuarat tersebut sebagai penyelaras utama program. Pelaksanaan Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Sibu dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2025 bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
Pelbagai aktiviti sukan dan riadah bakal dianjurkan sempena program ini termasuk Fun Ride 15KM, Fun Run 5KM, Family Walk 2KM, senamrobik, zumba, pertandingan street soccer, 3x3 basketball, badminton, memanah tradisional serta moden, petanque, tarik tali, aerobithon, serta sukaneka perpaduan madani. Sukaneka ini turut memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan komuniti perpaduan untuk turut serta. Selain itu, acara sukan rakyat seperti mencuba menyumpit juga akan diperkenalkan sebagai daya tarikan khas.
HSN 2025 peringkat Bahagian Sibu diunjurkan menarik penyertaan ribuan peserta melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan, kelab rekreasi, badan belia dan institusi tempatan. Antara yang terlibat sebagai penggerak utama ialah Swan Cycling Club, Swan Dynamic Aerobic Club, Brotherhood Basketball Community, Kelab Memanah Teku & Falcon Archery Club, Kelab Petanque Rejang, Maeltree Badminton Club, serta agensi kerajaan seperti JPNIN, JKN, dan KEMAS.Penganjuran HSN ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti riadah secara sihat, malah menjadi medium memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama komuniti serta sokongan terhadap gaya hidup aktif. Ia juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia. #PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN
MUKAH, 21 September 2025 – Program Rakan Muda Summer Camp Zon Tengah 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 21 September bertempat di Kem Belia Mukah dengan penglibatan belia dari pelbagai bahagian, termasuk Sibu, Sarikei dan Mukah. Program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah ini bertujuan memperkasa golongan belia melalui aktiviti berkonsepkan pembangunan diri, kepimpinan, semangat berpasukan dan rekreasi luar. Sepanjang tiga hari pelaksanaan, peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul yang menekankan aspek sahsiah, kemahiran insaniah serta nilai kesukarelawan. Menariknya, seramai 4 orang pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu turut mewakili Bahagian Sibu dalam program ini. Kehadiran mereka bukan sahaja memperlihatkan komitmen belia dalam bidang kesihatan, malah menyumbang kepada perkongsian pengalaman serta keterlibatan aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan. Program ini diharap dapat menjadi platform untuk membentuk belia yang lebih berdaya tahan, berdisiplin serta mampu menjadi agen perubahan positif dalam komuniti setempat.
Betong, 18 September 2025 – Kelab Memanah Saribas Berjaya anjurkan Kejohanan Memanah Tradisional Saribas Invitation 2025 IV pada 13-14 September 2025 di Padang Bola Sepak Riveria Debak. Kejohanan tahunan ini menyaksikan penyertaan hebat dari pelbagai kawasan termasuk Indonesia, Brunei, Sabah, Semenanjung dan juga pasukan tuan rumah Sarawak.
Antara acara utama yang dipertandngkan ialah 3D Sport & Hunting, statik remaja, statik cilik, natural arrow challenge. Kejohanan ini bukan sekadar platform mencungkil bakat baru, malah ia dapat mempererat silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta dari pelbagai kawasan.
Turut hadir menyaksikan program berlangsung ialan Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini.
Betong, 18 September 2025 - Majlis Perasmian Kejohanan Memanah Tradisional Saribas Invitation Siri IV telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Millenia Debak, menyaksikan kehadiran tetamu kehormat, peserta dan peminat sukan memanah tradisional dari dalam dan luar negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Razi Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.35 Saribas. Turut hadir ialah YB Dato Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri, Ahli Parlimen P.204 Betong yang turut memberikan sokongan terhadap program pembangunan sukan dan warisan budaya seperti memanah tradisional yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Presiden Kelab Memanah Saribas, Encik Adi bin Spaiee dalam ucapannya menyatakan komitmen kelab untuk meneruskan penganjuran kejohanan ini pada tahun hadapan. Menurut beliau, Siri V Kejohanan Memanah Tradisional Saribas Invitation dijadualkan berlangsung pada April 2026 dengan skala penyertaan yang dijangka lebih besar.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan pada hari tersebut, termasuk kategori 3D Sport & Hunting serta acara-acara statik yang melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Cik Nurulzamzam binti Haji Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang sejak awal turut memberi sokongan penuh terhadap kejohanan ini.
Betong, 18 September 2025- Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 1 telah berlangsung pada 17 September 2025 di Padang Bola Sepak Riveria Debak dengan penyertaan seramai 40 orang warga emas dari sekitar kawasan tersebut.
Program ini bertujuan untuk melatih warga emas untuk kekal aktif,sihat dan menjadiakan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup dan juga membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama serta perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan.
Turut hadir ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Siri kedua program ini dijadualkan berlangsung pada 19 September 2025 di Pusa dan para warga emas sekitar kawasan tersebut dijemput hadir bagi menyertai program ini.
SIBU, 20 SEPTEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di Taman Tasik Permai, Sibu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat dan berjaya mewujudkan suasana penuh kemeriahan.Acara yang menampilkan aktiviti senamrobik bersama MEFA Women Fit Sibu itu menghimpunkan lebih 80 peserta pelbagai peringkat umur, sekali gus menyemarakkan semangat kecergasan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti.
Program ini merupakan inisiatif diilhamkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan bagi memperkukuh amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti melalui penglibatan aktif dalam aktiviti riadah. Kehadiran peserta yang terdiri daripada golongan belia, wanita dan warga emas jelas menunjukkan sokongan padu masyarakat terhadap usaha membudayakan hidup aktif. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para peserta yang hadir dan memberi komitmen. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform berterusan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti. #PBSBSibu #TeamJBSN #JBSNBersama #MalaysiaMadani
SIBU,20 SEPTEMBER 2025 - 1000 Liga Pertandingan Dart Peringkat Bahagian Sibu telah berlangsung dengan meriah di Dewan Canselor Tun Taib Mahmud, UTS Sibu, anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu serta Lanang Pickleball Club. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Muhammad Afif bin Ibrahim dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Program ini menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menggalakkan penglibatan belia dalam sukan, selaras dengan semangat Hari Sukan Negara. #MalaysiaAktif #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN