- JBS Sarawak
- Hits: 15
Program Pembangunan Kapasiti Intervensi Dasar Siri 2 : Agensi Daerah Mukah, Sarawak Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 5 MEI 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Intervensi Dasar Siri 2 : Agensi Daerah Mukah, Sarawak Tahun 2026 anjuran APPGM-SDG dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan telah diadakan pada 29 April 2026 di Kingwood Hotel Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput hadir ke program tersebut dan telah diwakili Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Program sehari tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Taklimat Pengenalan APPGM-SDG kepada agensi yang hadir dalam meningkatkan keterangkuman dan kemampanan bagi Parlimen Mukah. Selain itu, wakil agensi turut mengadakan aktiviti suai kenal antara agensi bersama fasilitator yang telah dilantik. Sesi perbincangan isu dan pembentangan isu juga telah dilaksanakan sepanjang program tersebut. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan program.
