- JBS Sarawak
- Hits: 17
Persatuan Xiang Qi Bahagian Miri Terima Dana Sukan Komuniti KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 6 MEI 2026 – Persatuan Xiang Qi Bahagian Miri telah menerima Dana Sukan Komuniti (DSK) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi penganjuran Kejohanan Xiang Qi Daerah Miri 2026 yang berlangsung pada 1 Mei 2026 bertempat di The Stirling Suite, Aras 2.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Xiang Qi Bahagian Miri ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada 65 peserta lelaki dan 29 peserta perempuan, sekali gus menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap sukan intelektual tersebut dalam kalangan komuniti setempat.
Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, yang memberikan sokongan padu terhadap pembangunan sukan komuniti khususnya permainan Xiang Qi di Bahagian Miri.
Selain itu, Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri turut hadir bagi memantau pelaksanaan program di bawah peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK), selaras dengan usaha memastikan program dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan Xiang Qi, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
