- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM INSPIRE i-TALENT 2026 BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : M.Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 4 Mei 2026 : Bagi melancarkan pelaksanaan program Inspirasi i-Talent 2026 Bahagian Sarikei, satu mesyuarat telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan program tersebut yang akan diadakan pada 8 Jun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei pada 29 April 2026 yang lalu.
Seramai 30 orang peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) telah dikenalpasti bagi menyertai program ini.
Pihak PBSB Sarikei telah mendapatkan kerjasama strategik daripada JKM Bahagian Sarikei, PPD Sarikei, PPD Meradong, SMK Bandar Bintangor, PDK Sarikei, PDK Julau, PDK Pakan, PDK Meradong dan APM Bahagian Sarikei.
PBSB Sarikei berharap dengan kerjasama yang erat dari semua pihak akan dapat melancarkan pelaksanaan program ini nanti.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
