- JBS Sarawak
- Hits: 16
PBSB Sibu Sokong Usaha Membanteras Dadah di Peringkat Bahagian Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: Nfk, PBSB Sibu
6 Mei 2026, Sibu - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bahagian Sibu Bil. 1/2026 anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu telah diadakan pada 6 Mei 2026 bertempat di Pejabat Residen Sibu. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abang Mohamad Porkan bin Haji Abang Budiman, Residen Sibu tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan usaha pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan dalam membanteras penyalahgunaan dadah di Bahagian Sibu.
Pejabat turut dijemput untuk hadir ke mesyuarat ini dan telah diwakili oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Antara perkara yang dibincangkan termasuk laporan semasa berkaitan penyalahgunaan dadah, pelaksanaan program kesedaran masyarakat, aktiviti pencegahan di peringkat komuniti serta tindakan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan. Mesyuarat turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, dan komuniti dalam memastikan usaha membanteras dadah dapat dilaksanakan secara berterusan dan lebih berkesan. Semua pihak yang hadir menyatakan komitmen untuk terus mempergiat usaha pencegahan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan belia yang positif di Bahagian Sibu.
Penglibatan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti belia, program kesukanan dan kesukarelawanan sebagai medium membentuk gaya hidup sihat serta menjauhkan golongan muda daripada gejala negatif.
#JBSNSarawak #PBSBSibu #HarungiBersama #JBSNBersama #TeamKBS
