Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 7 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan akan melaksanakan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sibu 2025 pada 15 Mei 2025 bertempat di SMK Oya Sibu. Sehubungan dengan pihak itu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan perbincangan terakhir bagi memperhalusi lagi aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan dijangka program ini akan melibatkan seramai 500 orang pelajar dan melibatkan 15 agensi yang akan bergabung sama untuk memeriahkan lagi program tersebut. Perbincangan melibatkan guru-guru dari SMK Jalan Oya, Jawatankuasa Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan serta Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang diketuai oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS
- JBS Sarawak
- Hits: 51