- JBS Sarawak
- Hits: 43
LAUNGAN ‘MENGGERAK BELIA’ MENYEMARAKKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 14 MEI 2026 – Laungan tema “Menggerak Belia” bergema di Dewan INTRIM, ADTEC JTM Kampus Miri selepas upacara lafaz ikrar belia semasa Majlis Perasmian Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri 2026, semalam. Program tersebut merupakan anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Miri dan Persatuan Belia Kristian Rhema.
Majlis dimulakan dengan tayangan video ucapan oleh Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia diikuti dengan ucapan dan gimik perasmian oleh Encik Bahsan bin Meriam, Timbalan Pengarah Latihan mewakili Pengarah ADTEC JTM Kampus Miri. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Encik Roley anak Lagir (Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri), Encik Tanoon A/L Eh Boon (Timbalan Pengarah Operasi), Puan Norlydiawati binti Mohd Mustajab (Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan & Latihan Pelajar) dan Encik Harrison Anyi Laing (Persatuan Belia Kristian Rhema)
Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 diadakan di seluruh negara bagi menyemarakkan suasana dan bahang sambutan Hari Belia Negara di peringkat akar umbi dan seterusnya menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme di kalangan golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan strategik antara agensi kerajaan, institusi TVET dan pertubuhan belia di Bahagian Miri. Selamat menyambut Hari Belia Negara 2026!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
