Pelaksanaan Program Rakan Belia Bersama Komuniti Sejahtera

Pelaksanaan Program Rakan Belia Bersama Komuniti Sejahtera

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 14 Mei 2026 – Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok telah mengadakan Program Rakan Belia Bersama Komuniti Sejahtera pada 14 Mei 2026 bertempat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Saratok (PDK Saratok). Program ini dilaksanakan melalui pemberian bantuan Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bil 01/2026.

Program dimulakan dengan aktiviti senam cergas dan diteruskan dengan gotong-royong bersama belia dan komuniti setempat. Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, malah turut memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan belia.

Turut hadir ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang turut bersama-sama menyertai aktiviti gotong royong bersama belia dan komuniti setempat. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kelab Belia Pekan Saratok atas kejayaan pelaksanaan program yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

 

#TeamJBSN

#JBSNBersama

#MalaysiaMadani

#IhsanMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search