Persiapan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak


Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak. 

Kuching, 13 Mei 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah menggerakkan langkah awal bagi menjayakan Sambutan Festival Belia@Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2026 pada 23 Mei ini di REDEEMS Centre, Singai, Bau. 

Satu mesyuarat penyelarasan aktiviti dan penyertaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Santubong, JBSN Sarawak pada pagi semalam. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai agensi strategik termasuk wakil dari UNIMAS, i-CATS, PERKESO, serta jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. Agenda utama memfokuskan kepada taklimat program dan penubuhan jawatankuasa khusus bagi memastikan pengiktirafan terbaik diberikan kepada golongan belia yang telah banyak menyumbang kepada negara.

Inisiatif ini membuktikan komitmen JBSN Sarawak dalam memperkasakan agenda belia di bawah semangat "Malaysia MADANI".

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSNSarawak

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-05-2026, 17:53:19

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search