Disediakan Oleh : MA. Johari, JBSN Sarawak
SERIAN, 17 Mei 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kelab Belia Pekan Pakan yang telah mendapat tempat ketiga, kategori persatuan Anugerah Belia Negara peringkat negeri Sarawak. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan di Bahagian Serian, sempena dengan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Sarawak.
Kelab Belia Pekan Pakan merupakan sebuah kelab yang sangat aktif khususnya dalam melaksanakan aktiviti untuk belia-belia di daerah Pakan. Kelab ini juga sentiasa bersedia membantu pelaksanaan aktiviti belia yang dianjurkan oleh PBSB Sarikei. Tahniah & Syabas diucapkan!
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
- JBS Sarawak
- Hits: 50