- JBS Sarawak
- Hits: 17
Sesi Coffee Talk NGO Belia dan Sukan Bersama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 25 MEI 2026 – Sesi Coffee Talk bersama NGO belia dan sukan telah diadakan pada 21 Mei 2026 bertempat di Noor Kitchen, Miri bersama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sesi tersebut bertujuan berkongsi pendapat dan pandangan mengenai pembangunan belia serta pembangunan sukan di Bahagian Miri. Antara NGO yang hadir ialah Kelab Belia Bestari Bandar Miri, Kelab Belia Perkasa Taman Marina, Persatuan Pickleball Miri, Miri FA, Kelab Pacuan 4 Roda (4x4) Taman Tunku, Kelab Berbasikal Masterpiece, Persatuan Xiang Qi Miri, Persatuan Renang Miri dan Buceros Futsal Club.
Program ini turut menjadi platform mengeratkan kerjasama antara NGO dan pihak KBS dalam memperkasakan pembangunan belia dan sukan di peringkat komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
