- JBS Sarawak
- Hits: 18
JANM Cawangan Miri Laksana Naziran di PBSB Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 25 MEI 2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Miri telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri bagi melaksanakan naziran pejabat yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Mei 2026. Naziran tersebut diketuai oleh Puan Aina Mazarina binti Mazlan, Akauntan WA9.
Naziran ini bertujuan memastikan PTJ mematuhi semua peruntukan undang-undang, piawaian perakaunan serta peraturan kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa. Selain itu, ia juga bertujuan membantu pejabat menambah baik pengurusan dan mengelakkan kesilapan berulang sekiranya terdapat sebarang penemuan.
Hasil naziran yang dijalankan oleh JANM Cawangan Miri, pihak pejabat telah menerima rumusan dan pandangan penambahbaikan yang positif bagi memperkukuhkan lagi pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
