BENGKEL REFRESHER ARPRM MANTAPKAN KOMPETENSI PEMIMPIN BELIA AKAR UMBI SARAWAK

BENGKEL REFRESHER ARPRM MANTAPKAN KOMPETENSI PEMIMPIN BELIA AKAR UMBI SARAWAK

Disediakan oleh : NL

SAMARAHAN, 17 Mei 2026 – Seramai 37 peserta dari seluruh Sarawak berjaya memperkukuh kompetensi kepimpinan mereka dalam Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang melabuhkan tirainya di sini, hari ini.

Program intensif selama dua hari bermula semalam itu berlangsung di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Ia bertujuan memantapkan peranan pemimpin akar umbi dalam memupuk semangat kesukarelawanan belia, selain bertindak sebagai ejen penyampaian maklumat sahih kepada komuniti.

Bengkel ini memberikan impak positif yang signifikan apabila kesemua peserta merekodkan keputusan cemerlang dalam ujian penilaian prestasi di akhir kursus, sekali gus membuktikan penguasaan penuh terhadap pengurusan digital sistem ARPRM.

Antara pengisian utama yang ditekankan sepanjang program termasuklah pengukuhan falsafah ARPRM, peranan pendaftar badan operasi, pengurusan dokumentasi penyertaan, semakan pentauliahan, serta simulasi latihan berkumpulan.

Sesi perkongsian ilmu kali ini turut menampilkan sinergi pakar daripada sektor pendidikan selaku penceramah jemputan. Mereka ialah Ketua Jabatan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Putra Malaysia Sarawak, YBhg. Dr. Yasmin Yaccob dan Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Sains Kuching, Puan Qaisarah Abdullah.

 Hadir sama memberikan komitmen dalam bengkel berkenaan ialah Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Norliati Binti Li serta Pemimpin dari Bahagian Samarahan iaitu Encik Nur Eeffendi Bin Mhd Duchuki (UITM 1 Kota Samarahan), Encik Rapheal Anak John Tagun (SMK Hajjah Laila Taib) dan Puan Teresa Nani Anak Entinggi (SMK Asajaya). Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Sarawak, Puan Hafizah Binti Dahan.

 #TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search