SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA TAHUN 2026

SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA TAHUN 2026

Disediakan oleh : NL

SAMARAHAN, 06 Mei 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak kini mempergiat usaha merangka pelan strategik Program Tahunan Rakan Muda bagi memastikan pembangunan belia di negeri ini kekal progresif dan dinamik sepanjang tahun ini. 

Taklimat telah dipengerusikan oleh Puan Hafizah binti Dahalan, Penolong Pengarah Rakan Muda, JBS Negeri Sarawak secara atas talian. Setiap unit di bawah Rakan Muda ibu pejabat telah membentangkan program dan aktiviti masing-masing bagi sepanjang tahun. "Langkah proaktif ini diharapkan mampu menjadikan program Rakan Muda 2026 lebih progresif dalam melahirkan barisan belia yang berdaya saing," lapor kenyataan tersebut.

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh Puan Norliati Binti Li,Pembantu Belia dan Sukan wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, yang menyertai perbincangan secara maya.

Pihak JBSN Sarawak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama padu yang diberikan. Usaha kolaboratif antara bahagian ini dijangka bakal memperkukuh jaringan kerja institusi belia di seluruh Sarawak demi merealisasikan agenda Malaysia MADANI.

 #TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search