- JBS Sarawak
- Hits: 21
Speed Chasers Motorsports Club Anjur Gymkhana Community Trackday
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 25 MEI 2026 – Speed Chasers Motorsports Club telah menerima Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi melaksanakan program Gymkhana Community Trackday. Program tersebut telah berlangsung pada 24 Mei 2026 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Miri.
Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta melibatkan 30 buah kereta dan 10 buah motosikal. Encik Roger Danny, Unit Pembangunan Sukan hadir bagi memantau pelaksanaan program di bawah DSK KBS. Turut hadir bersama ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.
Program ini diadakan bagi menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sukan permotoran di samping memupuk budaya sukan yang sihat dan selamat dalam kalangan belia setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
