- JBS Sarawak
- Hits: 18
16 PELAJAR MPP SERTAI TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DI ADTEC KOTA SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh : NL
SAMARAHAN, 5 Mei 2026 – Seramai 16 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyertai Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Bahagian Samarahan yang berlangsung di ADTEC JTM Kota Samarahan hari ini.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada barisan kepimpinan pelajar mengenai kriteria dan komponen utama anugerah tersebut, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik di bawah program Rakan Muda. Melalui taklimat ini, para peserta didedahkan dengan cara-cara pendokumentasian aktiviti serta kepentingan penglibatan aktif dalam pembangunan jati diri dan kepimpinan.
Taklimat utama telah disampaikan oleh Pn.Nurul Aini Binti Rahmat dari Bahagian Pembangunan Rakan muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak , yang mengupas secara mendalam mengenai kriteria serta empat komponen utama yang perlu dilengkapkan oleh peserta bagi melayakkan diri menerima anugerah tersebut. Program ini turut dihadiri oleh wakil pengurusan ADTEC iaitu En. Azfar Mohamad, serta Pn Joycelin dan Pn. Norliati Binti Li wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan yang turut hadir memberikan sokongan kepada para peserta.
Pihak penganjur berharap agar penglibatan MPP ini dapat menjadi pemangkin kepada pelajar lain di ADTEC Kota Samarahan untuk turut serta dalam skim anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini. Program ARPRM di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini terus diperkasakan bagi melahirkan belia yang berdaya saing, berkarakter utuh, dan memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi.
Majlis tersebut berakhir dengan sesi soal jawab dan penyerahan borang pendaftaran kepada para peserta yang berminat untuk memulakan cabaran anugerah pada tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
