SRI AMAN, 11 DISEMBER 2025 – Simanggang Eagle Futsal Club hari ini telah disahkan pendaftarannya apabila kelab tersebut telah menerima sijil perakuan pendaftaran dari Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Israk Ismail kepada pengerusi kelab tersebut Encik Khairulnizam di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Semoga dengan perakuan pendaftaraan ini akan merancakkan lagi pembangunan sukan Futsal di Bahagian Sri Aman.
SRI AMAN, 9 DISEMBER 2025 – KELAB BELIA PERDANA JALAN SABU (BELDANA) telah di anugerahkan 4 Bintang oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk tahun 2024 baru-baru ini. Antara kreteria yang dinilai untuk mendapatkan penarafan 4 Bintang termasuklah menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) lengkap dan komprehensif setiap tahun. Hadir menerima sijil tersebut ialah Encik Alexander Frusis, Pengerusi Kelab tersebutSijil disampaikan oleh Encik Mohd Israk Ismail selaku pegawai Unit Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mewakili Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Semoga dengan penarafan ini akan menjadi inspirasi kepada kelab-kelab Belia di Bahagian Sri Aman untuk terus aktif dan sekaligus menjadi rakan strategik kepada Pejabat ini dalam usaha membangun agenda Pembangunan Belia dimasa akan datang.
Sri Aman, 6 Disember 2025- Program Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di atas Sarawak River Cruise pada 6 Disember 2025. Acara yang menghimpunkan lebih 70 sukarelawan dari seluruh negeri ini dirasmikan oleh Puan Hafizah Binti Dahlan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Memangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak,turut hadir bersama Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fatimah Binti Abdul Rahman dan pegawai-pegawai Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta rakan strategik yang sentiasa menyokong usaha pembangunan belia di Sarawak.
Majlis ini menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya Majlis Apresiasi Sukarelawan SATRIA paling aktif yang memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Selain itu, sesi Perkongsian Figura Inspirasi Sukarelawan turut menjadi tumpuan apabila figura berpengalaman berkongsi kisah perjuangan dan cabaran dalam dunia kesukarelawanan.
Encik Rosdi bin Hamid dan Cik Martha Anak Johnny, Sukarelawan SATRIA Bahagian Sri Aman yang di raikan sebagai Sukarelawan Aktif. keseluruhannya, program ini berjaya menyemarakkan lagi budaya kesukarelawanan belia serta memperkukuh ekosistem pembangunan belia di negeri Sarawak.
SRI AMAN, 03 DISEMBER 2025 – Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman oleh Encik Muhammad Siddiq Yaman,Yang Dipertua PIBG Sk Abang Aing, Sri Aman atas sumbangan pejabat ini dalam menjayakan program 3KM Merdeka Fun Run yang lepas.
Program tersebut telah berlangsung sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68, Sijil tersebut telah disampakan kepada Encik Mohd Israk Ismail mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
SRI AMAN, 01 DISEMBER 2025 - Encik Mohd Israk Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah dilantik sebagai Pengerusi COMBI Negeri Sarawak bagi sesi 2025-2027. Sijil Pelantikan telah disampaikan sendiri oleh Puan Zaifah Haji Johari, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Unit Promosi Kesihatan,Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Semoga dengan pelantikan ini akan memberi perangsang dan semangat kepada beliau untuk sentiasa memberikan sumbangan kepada pembangunan sosial di peringkat komuniti khusus nya di Bahagian Sri Aman.
MIRI, 11 DISEMBER 2025 - Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya telah menyantuni Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri untuk menerima sijil perakuan pendaftaran, semalam. Sijil perakuan pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri kepada Cik Nur Ramadani binti Bahari, Pengerusi Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya.
Di kesempatan itu, penerangan tatacara pengisian MYKD kepada Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya telah disampaikan oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford, Pegawai Unit Pembangunan Belia. Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya telah sah berdaftar pada 9 Disember 2025 di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROY). PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya dan semoga kepimpinan kelab terus merancang dan melaksanakan program serta aktiviti belia dengan jayanya dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
SIBU, 11 DISEMBER 2025 - Mesyuarat Laporan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TAKWAPEB) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Bil. 01/2025 telah berlangsung secara atas talian pada 11 Disember 2025. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau. Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan semasa tabung TAKWAPEB, termasuk analisis kedudukan kewangan dan prestasi kutipan semula pinjaman. Selain itu, wakil-wakil dari bahagian terlibat turut menyampaikan laporan masing-masing berkaitan status peminjam. Mesyuarat turut memberi ruang untuk membincangkan beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh peminjam, termasuk cabaran pembayaran balik. Perbincangan ini penting bagi menambah baik mekanisme pengurusan pinjaman serta memperkukuh keberkesanan tabung dalam membantu pembangunan ekonomi belia di seluruh negeri.
SIBU, 11 DISEMBER 2025 - Penyerahan sijil pendaftaran Kelab Pemuda Proaktif Dudong telah disampaikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu kepada Ustaz Mohd Al-Walid Bin Junaidi, Setiausaha Kelab Pemuda Proaktif Dudong yang telah diluluskan pendaftaran pada 21 November 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pihak pejabat berharap agar kelab ini akan sentiasa bergerak aktif dalam melaksanakan program-program pada masa akan datang dan menjadi pemangkin untuk belia-belia lain untuk mendaftar dan bergerak aktif. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak yang sentiasa membantu dan melancarkan penubuhan Kelab Belia khususnya di Sibu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #PBSBSibu
KLAS Renang Fasa 3 Di Pusat Kecemerlangan Akuatik, KOMBES Negeri Sarawak Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 11 Disember 2025 – Seramai 80 orang kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun sedang menjalani Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang telah di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES) bermula 6 hingga 21 Disember 2025. Kelas diadakan setiap hujung minggu iaitu sebanyak 6 sesi dengan objektifnya untuk membangunkan keyakinan dalam air dan menguasai kemahiran asas renang. Jurulatih renang bagi KLAS ini dilantik daripada Kelab Renang Power Aquatics Kota Samarahan.