- JBS Sarawak
- Hits: 11
PERBINCANGAN PROGRAM INSPIRE i-TALENT 2026 BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 5 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong pada hari ini bagi membincangkan pelaksanaan Program Inspire i-Talent 2026.
Program ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat asas dalam bidang sukan dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) serta menggalakkan penglibatan aktif golongan tersebut dalam aktiviti sukan.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan tertumpu kepada usaha mengenal pasti peserta yang berpotensi serta menentukan lokasi pelaksanaan program yang bersesuaian.
Diharapkan kerjasama yang terjalin ini dapat memastikan kelancaran pelaksanaan program serta memberikan impak positif terhadap pembangunan bakat sukan dalam kalangan OKU di Bahagian Betong.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
