- JBS Sarawak
- Hits: 7
Inisiatif KBS Diperkenalkan Kepada Pelatih-Pelatih Jururawat di ILKKKM, Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : Nfk, PBSB Sibu
9 Mei 2026, SIBU - Pihak pejabat telah menerima jemputan daripada pihak Institut Latihan Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKKM) Sibu khasnya untuk sesi perkongsian berkaitan program-program dan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Antara intipati perkongsian yang disampaikan adalah berkaitan inisiatif dana yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Dana Sukan Komuniti (DSK), Dana Rakan Muda, eBantuan, Geran Padanan Sukan (GPS), dana KWASN serta Dana e-Sukan.
Selain itu, pihak pejabat turut mempergiat usaha memperkenalkan dan mempromosikan keperluan serta kepentingan penubuhan badan-badan sukan, pertubuhan belia dan Kelab Rakan Muda dalam kalangan pelatih-pelatih jururawat sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan dan penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti.
Program perkongsian ini diharap dapat memberi pendedahan yang lebih jelas kepada para pelatih mengenai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh KBS, di samping menggalakkan penglibatan belia secara aktif dalam bidang kesukarelawanan, sukan dan pembangunan komuniti.
Sesi berlangsung dengan baik serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelatih dan pihak institut.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu
#PBSBSibu #JBSNBersama #RakanMuda #Belia #Sukan
