- JBS Sarawak
- Hits: 8
PBSB MIRI MENERIMA TIGA BORANG PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 MEI 2026 –Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima tiga borang pencalonan untuk dinilai bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) tahun 2026 peringkat negeri Sarawak. Encik Mohammad Aniq Ashwin bin Abuzar telah menghantar pencalonan bagi kategori individu lelaki manakala bagi kategori pertubuhan, Kelab Belia Perkasa Taman Marina dan Kelab Belia Bestari Bandar Miri juga telah menyerahkan borang pencalonan berserta profil pertubuhan.
APBN yang mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia. Calon APBN bagi tahun 2026 dinilai dari segi prestasi dan penyertaan dalam kebajikan, pendidikan, program kepimpinan dan sahsiah serta kemahiran berkomunikasi di peringkat komuniti, daerah, negeri mahupun antarabangsa sama ada secara individu mahupun persatuan sepanjang tahun 2025. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon APBN pada tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
