- JBS Sarawak
- Hits: 17
TAKLIMAT PROGRAM RYTHM-RITMA KEHIDUPAN HARMONI PROGRAM SUKARELAWAN
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak
BETONG, 8 Mei 2026 – Satu sesi taklimat bagi Program Rythm-Ritma Kehidupan Harmoni Program Sukarelawan telah diadakan secara maya pada 7 Mei 2026. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 17 Mei 2026 bertempat di Dewan Millenia Debak.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah diamanahkan untuk mengenal pasti belia berumur 18 hingga 30 tahun yang terdiri daripada pelbagai kaum, jantina dan agama yang berminat untuk terlibat sama dalam program tersebut.
Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan serta mengeratkan hubungan antara golongan belia dan komuniti setempat melalui aktiviti menyantuni warga emas. Antara pengisian program yang dirancang ialah aktiviti bersama warga emas yang memberi fokus kepada pendekatan kemasyarakatan dan keharmonian komuniti.
Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong serta Cik Azira binti A. Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
