- JBS Sarawak
- Hits: 10
PERSIAPAN AKHIR SEBELUM SEMARAK BELIA @HBN BAHAGIAN MIRI MEMBUKA TIRAI
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 MEI 2026 –Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi perbincangan akhir bersama rakan kerjasama program iaitu Persatuan Belia Kristian Rhema dan pihak ADTEC JTM Kampus Miri bagi memuktamadkan pengisian acara dan logistik sebelum program Semarak Belia @HBN Miri 2026 bermula. Perbincangan ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran program tersebut pada 13 Mei 2026.
Antara pengisian aktiviti yang akan dilaksanakan melibatkan empat (4) segmen iaitu Juh Beloyar Sukarelawan, Seminar Peluang Dan Penciptaan Pekerjaan Bersama Perkeso, Sukaneka, Klinik Memperkenalkan Sukan Pickleball dan INTRIM Got Talent. Pemilihan aktiviti untuk program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Bahagian Miri 2026 adalah hasil perbincangan bersama Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC JTM Kampus Miri berdasarkan minat belia agar pengisian program adalah lebih dinamik, santai, dan berfaedah kepada mereka.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
