- JBS Sarawak
- Hits: 13
Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2026 Fasa 1 - Kategori Kanak-Kanak B40 (Umur 6 Hingga 12 Tahun) Di Sibu, Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh : TT, PBSB SIBU
10 MEI 2026, SIBU - 40 orang peserta bermula menjalani latihan KLAS Renang 2026 Fasa 1 semenjak semalam di Kolam Renang Delta, Sibu. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama daripada Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu (SASA).
Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN yang dijalankan secara percuma sebanyak 6 sesi untuk kategori B40 bagi menyampaikan teknik berenang secara asas untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas.
Inisiatif ini telah dilancarkan pada 13 Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar kepada teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air. Semoga semua peserta dapat mempelajari semua ilmu yang disampaikan oleh jurulatih.
#PBSBSIBU #MalaysiaMadani #JBSNBersama #KLASRenang #RakanMuka
