- JBS Sarawak
- Hits: 6
SESI PERBINCANGAN BAGI PENYELARASAN PERANCANGAN PROGRAM SUKAN AM TAHUN 2026 DAN PENGUKUHAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KELAB SUKAN BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 7 Mei 2026 – Satu sesi perbincangan telah diadakan pada 6 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Betong bagi menyelaras perancangan Program Sukan Am Tahun 2026 serta memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Kelab Sukan Bahagian Betong.
Perbincangan tersebut tertumpu kepada perancangan aktiviti dan program sukan yang lebih tersusun, inklusif serta berimpak positif bagi tahun 2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuk program yang bakal dianjurkan oleh kelab-kelab sukan di Bahagian Betong antaranya Mixter Netball Club, Kelab Memanah Saribas, Perfect Slingshot Club, Kelab Bola Tampar Taman Satria, Spaoh United Football Club, Blaqxq Dart Club, Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok dan Unity Volleyball Club.
Dalam sesi tersebut, Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong turut memperingatkan mengenai syarat-syarat penganjuran program, penggunaan logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta penghantaran laporan setelah selesai program. Kerjasama strategik ini dijangka dapat meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan di samping menyokong agenda pembangunan modal insan yang sihat, aktif dan cergas.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
