Taklimat Pelaksanaan Program Rakan Muda Tahun 2026 Oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak

Taklimat Pelaksanaan Program Rakan Muda Tahun 2026 Oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak 
Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak

KAPIT, 6 Mei 2026  –  Satu taklimat berkenaan pelaksanaan program Rakan Muda Tahun 2026 oleh Unit Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan jam 9.00 pagi tadi. Taklimat telah dipengerusikan oleh Puan Hafizah binti Dahalan, Penolong Pengarah Rakan Muda, JBS Negeri Sarawak secara atas talian. Setiap unit di bawah Rakan Muda ibu pejabat telah membentangkan program dan aktiviti masing-masing bagi sepanjang tahun.

Setiap unit Rakan Muda di ibu pejabat JBS Negeri Sarawak telah membentangkan perancangan dan pelaksanaan program serta aktiviti yang bakal dilaksanakan di peringkat bahagian dan di peringkat negeri. Di antara program terdekat yang akan dilaksanakan adalah Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak dengan melibatkan Pegawai Rakan Muda di semua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dan juga Pemimpin ARPRM di kalangan sukarelawan. Turut hadir pada taklimat ini adalah semua Pegawai Belia dan Sukan Bahagian bersama dengan Pegawai Rakan Muda di bahagian.

#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#RakanMudaDemokrasi
#PBSBKapit

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search