Sesi Lawatan Tapak Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Sarawak ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

Sesi Lawatan Tapak Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Sarawak ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 5 MEI 2026 – Sesi lawatan tapak daripada Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah diadakan pada 29 April 2026. Rombongan lawatan telah  diketuai Puan Hafizah Dahlan, Penolong Pengarah Kanan  Ketua Unit Pembangunan Rakan Muda di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan pegawai-pegawai JBSN Sarawak yang lain.

Lawatan tersebut telah dimulakan dengan sesi taklimat bersama pengurusan tertinggi UiTM Kampus Mukah berkenaan cadangan Pelaksanaan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 dan Bengkel Pengukuhan SRM IPT 2026 di UiTM Kampus Mukah pada bulan Jun 2026. Selesai sesi taklimat rombongan telah bergerak ke lokasi program bagi melihat kemudahan fasiliti yang ada bagi memenuhi keperluan program kelak. Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan baik serta kerjasama penuh kepimpinan UiTM Kampus Mukah sepanjang sesi lawatan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search