Perbincangan Interaktif Pelaksanaan Semarak Hari Belia Peringkat Bahagian Kuching

Perbincangan Interaktif Pelaksanaan Semarak Hari Belia Peringkat Bahagian Kuching

Perbincangan Interaktif Pelaksanaan Semarak Hari Belia Peringkat Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 6 Mei 2026 – Semarak Hari Belia (SHB) Peringkat Bahagian Kuching akan dilaksanakan pada 15 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Tan Sri Aziz Universiti Kolej i-CATS, Kuching.  Program SHB dilaksanakan bagi memberi peluang kepada golongan belia di peringkat akar umbi untuk menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara 2026 serta menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara.

Puan Dayang Faudzuri Abang Adeni, Pegawai Unit Belia dari PBSB Kuching bersama-sama dengan Encik Asri Hazwan Harun, Pengerusi Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching dan Encik Busman Noor dari Fit Aerobics & Dance Academy Kuching telah mengadakan pertemuan dengan Professor Dr. Irwandy Hipni Mohamad Hipiny, Pengarah i-SPARKS, Universiti Kolej i-CATS, membincangkan pelaksanaan program SHB ini nanti.  Dua segment telah dipersetujui untuk dilaksanakan iaitu segmen Malaysia Aktif (Aerobikthon) dan Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik di samping bacaan ikrar belia.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi
#RakanAktif

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search