PBSB Mukah Sasar 30 Orang Program Inspite i-Talent Jun Ini

PBSB Mukah Sasar 30 Orang Program Inspite i-Talent Jun Ini

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 7 MEI 2026 – Perbincangan lokasi dan kaedah penganjuran Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 7 Mei 2026 bertempat di Pejabat Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah. Sesi perbincangan tersebut telah diketuai Encik Mohammad Arbi Rosli merangkap Pegawai Penyelaras Program bersama Puan Humaira Hannan Abdullah, Guru PPKI SMK Mukah. Hadir sama Noorlina Mirais dan Puan Hatijah Halidi semasa perbincangan tersebut. Sebelumnya, Encik Mohammad Arbi menerangkan secara ringkas berkenaan program dan objektifnya kepada pihak sekolah.

Hasil perbincangan telah membuahkan hasil dengan penglibatan peserta dalam kalangan OKU dari 3 buah sekolah menengah berumur 16-17 tahun dan penglibatan peserta OKU berumur 18-35 tahun di sekitar Mukah. Program yang akan dilaksanakan pada 18 Jun 2026 di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah nanti akan melibatkan 30 orang peserta sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU di peringkat daerah, bahagian dan kawasan terutamanya bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search