- JBS Sarawak
- Hits: 21
Lawatan Ke REDEEMS Centre Perkemas Persediaan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
BAU, 8 Mei 2026 – Sejurus selesai Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Sarawak semalam, satu lawatan tapak rasmi telah dilaksana di REDEEMS Centre, Singai, Bau. Sesi tinjauan lokasi penganjuran ini telah diketuai oleh Ketua Unit, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak, Encik Abdul Zamrie Randim. Turut serta dalam sesi tinjauan ini adalah barisan wakil jabatan dan agensi rakan pelaksana yang berkepentingan dalam menjayakan festival tersebut.
Fokus utama lawatan tapak ini adalah untuk memantau kapasiti fizikal dan keadaan fasiliti sedia ada secara lebih dekat. Selain itu, ia bertujuan untuk menilai serta memperhalusi keperluan teknikal dan logistik bagi menempatkan lima segmen pengisian utama program yang telah dirangka.
Perancangan yang teliti, termasuk susun atur tapak pameran, pentas utama, kawasan aktiviti, ruang parkir, dan aspek keselamatan, amat kritikal bagi menampung jangkaan kehadiran pengunjung yang ramai. Langkah proaktif ini diambil untuk mengenal pasti dan menangani sebarang isu berbangkit dari sudut teknikal dari peringkat awal.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#HarungiBersama
#JBSNSarawak
#hbn2026
