- JBS Sarawak
- Hits: 13
Hari Belia Negara 2026 Angkat Tema “Menggerak Belia"
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh: MNI, PBSB Sibu
7 Mei 2026, Selangau - Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Bahagian Sibu terus diperluaskan ke kawasan luar bandar menerusi sesi perbincangan bersama pihak sekolah di kawasan Selangau, sebagai usaha memperkasa pembangunan belia secara inklusif dan menyeluruh.
Perbincangan tersebut telah diadakan bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Balingian, Encik Echee Anak Tom, serta Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman. Sesi ini memberi fokus kepada perancangan pelaksanaan program Semarak Belia @ HBN 2026 Peringkat Bahagian Sibu yang bakal diadakan pada 13 Mei 2026 melibatkan penyertaan aktif belia luar bandar melalui pelbagai pengisian pembangunan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan, sukan dan kemahiran komuniti.
Pelaksanaan program ini sejajar dengan aspirasi dan hasrat kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menekankan pendekatan inklusiviti belia tanpa mengira lokasi, latar belakang dan status sosial. Pendekatan turun padang ke kawasan luar bandar dilihat penting bagi memastikan golongan belia di pedalaman turut menerima peluang yang sama untuk berkembang, menyumbang dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara.
Diharap program ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya serta mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan dan mengiktiraf penglibatan belia dalam masyarakat.
#JBSNKomited #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #HarungiBersama #TeamKBS #JBSNBersama #PBSBSibu #HBN2026
