- JBS Sarawak
- Hits: 16
PBSB Mukah Giat Usaha Perkukuh Kerjasama Antara Kelab dan Persatuan Sukan di Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 7 MEI 2026 – Perjumpaan bersama Encik Cornellius Ngindang Adam dan Puan Ronie Baling daripada Tugau Muaythai Club bersama Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diadakan pada 5 Mei 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bagi membincangkan perancangan dan hala tuju kelab selepas didaftar pada September tahun lepas. Perbincangan tersebut turut dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli selaku Pegawai Unit Pembangunan Sukan pejabat. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah menyokong penuh usaha kelab dalam membangunkan sukan muaythai di Mukah dan akan bekerjasama penuh membantu kelab dalam penganjuran program mereka.
Pejabat menyambut baik hasrat dan semangat kuat komuniti untuk menubuhkan kelab atau persatuan di Mukah khususnya kelab muaythai bagi memberi peluang dan ruang kepada komuniti setempat bergiat aktif dalam sukan tersebut. Dalam pada itu, Encik Mohammad Arbi turut mengingatkan kelab dan persatuan yang berdaftar agar mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan serta menghantar Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) setiap tahun kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan melalui kaedah atas talian yang disediakan bagi mengelak status tidak aktif atau dibatalkan terhadap kelab tersebut. Selain itu, beliau turut memaklumkan kelab dan persatuan yang aktif dan sentiasa mengemaskini MYKB mereka layak memohon bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.
