PASIR PUTEH, 24 APRIL 2025 : Telah menerima kunjungan hormat dari YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ke Lawatan Kerja Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh pada hari ini.
Kumpulan pelawat telah diberi penerangan Taklimat Kemajuan Kerja Tapak Projek Kompleks Sukan Bukit Merbau oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut sama Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.ย Lawatan ini diadakan bagi memantau perkembangan semasa kemajuan kerja di tapak Kompleks Sukan Bukit Merbau .
PASIR PUTEH, 22 April 2025 โ Selamat datang dan selamat bertugas di ucapkan kepada Puan Masyitah Fahillah binti Rosdi @ Mohd Rosdi ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh (PBSDPP) yang telah melapor diri di PBSD Pasir Puteh pada 21 April 2025.
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak dari tahun 2006 hingga 2008. Kemudian bertugas ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub selama 17 tahun.
Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh mengalukan dan memberi penerangan program-program yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun ini. Semoga kehadiran beliau dapat mengembangkan hubungan di kalangan penggerak belia,sukan dan rakan muda di daerah Pasir Puteh khususnya .
PASIR PUTEH, 21 April 2025 โ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh (PBSDPP) mengucapkan salam perpisahan dan selamat maju jaya kepada Encik Rosshazelan bin Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang akan bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub bermula pada 21 April 2025.
Walaupun beliau hanya sempat berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh selama 9 bulan 11 hari bermula pada 9 Julai 2024 hingga 20 April 2025, namun perpindahan ini amat dirasai kerana beliau banyak menabur bakti untuk pembangunan belia, sukan dan rakan muda di daerah ini.
Walaupun berat hati untuk melepaskan, PBSDPP percaya ini adalah langkah terbaik untuk kejayaan yang lebih gemilang dalam karier beliau. Terima kasih atas segala sumbangan, dedikasi, dan kenangan indah yang telah dicipta di sini. Semoga terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu dan semoga ukhwah silaturahim ini kekal erat selamanya.
PASIR PUTEH, 20 APRIL 2025 โ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 17 April 2025 yang lalu bertempat di Perkarangan Parkir Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di mana acara bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Majlis ini dimeriahkan dengan penglibatan semua kakitangan jabatan, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Panji dan pejabat belia dan sukan daerah (PBSD) dengan dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak juadah utama iaitu nasi briyani dan sup kambing. Pada sebelah petang pula, setiap unit Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan PBSD menghias reruai masing-masing agar kelihatan menarik untuk bersaing bagi merebut hadiah pertandingan gerai terbaik.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut menyediakan juadah sate dan ais krim Malaysia kepada tetamu yang hadir. Kehadiran ahli keluarga JBSN,KOMBES dan PBSD mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhwah. Majlis diserikan dengan ucapan oleh Encik Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Di akhir majlis, PBSD Pasir Puteh telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan gerai terbaik.
PASIR PUTEH, 20 APRIL 2025 โ Majlis Samb utan Hari Raya Aidilfitri 1446H bersama Kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda Pasir puteh telah berjaya di adakan pada 16 April 2025 bertempat di Bilik Aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturahim di antara warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama penggerak-pengerak belia, sukan dan rakan muda dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta di daerah Pasir Puteh.
Majlis ini dimulakan dengan acara solat hajat dan tahlil sempena perpindahan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh (PBSDPP) ke lokasi yang baharu. Mudir dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Ibrahimi telah dijemput khas untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut menyampaikan duit raya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar tersebut yang telah disumbangkan oleh pihak Yaya Empire.
Sebanyak 13 buah persatuan dan kelab belia, sukan dan rakan muda dari daerah ini telah menyertai majlis tersebut dengan setiap pertubuhan telah menyumbangkan juadah-juadah yang berasingan untuk dijamu oleh para tetamu jemputan. Kemeriahan dan suasana Hari Raya masih amat dirasai walaupun bulan Syawal telah memasuki hari yang ke-17.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut bersama sejak pagi lagi. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak PBSDPP dan semua pertubuhan yang terlibat di atas penganjuran majlis ini. Secara tidak langsung, ia dapat mencerminkan hubungan yang kukuh di anatara pihak pejabat dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Pasir Mas, 24 April 2025 โ Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Saipuddin bin Zakaria, telah mengadakan lawatan mengejut ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas pada 23 April 2025
Lawatan ini bertujuan untuk memantau operasi pejabat serta memberikan perhatian kepada keperluan yang mungkin dihadapi. Dalam sesi lawatan tersebut, Encik Saipuddin bin Zakaria telah membuat pemeriksaan ke atas aset pejabat dan melihat sendiri keadaan pejabat yang mengalami sedikit kerosakan. Tindakan beliau menunjukkan komitmen dalam memastikan kemudahan serta persekitaran kerja yang kondusif untuk kakitangan PBSD Pasir Mas.
Lawatan ini juga mencerminkan usaha Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memantau dan menyokong operasi pejabat daerah, sambil memperkukuhkan hubungan kerja serta memastikan aktiviti pembangunan belia dan sukan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas ย ย ย
Pasir Mas, 22 April 2025 โ Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian bagi membuat persediaan untuk Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Pasir Mas yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2025.ย Lawatan ini bertujuan memastikan segala kelengkapan dan kemudahan di venue kejohanan berada dalam keadaan terbaik untuk penganjuran. Semakan terhadap kawasan pertandingan, persediaan teknikal, serta penempatan peralatan telah dijalankan bagi memastikan acara dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Dalam sesi ini, Guru Besar SK Bechah Durian, Encik Zamri bin Omar, telah menyambut baik lawatan tersebut dan menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini. Beliau turut menekankan komitmen pihak sekolah dalam memastikan segala keperluan penganjuran dipenuhi demi kelancaran kejohanan. Kejohanan yang akan berlangsung pada 25 April 2025 bermula jam 7.30 pagi ini dijangka menarik perhatian komuniti setempat. Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat kesukanan tetapi juga mempromosikan sukan sebagai elemen perpaduan dalam kalangan komuniti di Pasir Mas.
Lawatan ini mencerminkan komitmen PBSD Pasir Mas dalam memastikan penganjuran kejohanan berjalan dengan lancar serta usaha berterusan untuk menjadikan sukan sebagai elemen penyatuan dalam masyarakat.
Disediakan Oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
Pasir Mas, 24 April 2025 โ Taklimat Teknikal dan Pengundian Pasukan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Pasir Mas telah diadakan pada 23 April 2025 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas.
Program ini telah dihadiri oleh para pengadil, pegawai teknikal, dan wakil pasukan yang bertanding dalam Liga Sukan Komuniti. Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan teknikal, memastikan kesefahaman di kalangan semua pihak yang terlibat, serta menjalankan undian bagi menetapkan jadual perlawanan.ย Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti ini dijadualkan berlangsung pada 25 April 2025 bertempat di SK Bechah Durian bermula jam 7.30 pagi . Kejohanan ini bakal menyaksikan persaingan sengit antara pasukan yang bertanding, selain memberi peluang kepada atlet tempatan untuk menyerlahkan bakat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti Pasir Mas.
Taklimat dan pengundian ini mencerminkan usaha berterusan PBSD Pasir Mas untuk memastikan penganjuran Liga Sukan Komuniti berjalan dengan lancar dan penuh integriti. Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat diharapkan dapat menyumbang kepada kejayaan liga ini serta memperkukuhkan semangat perpaduan melalui sukan.ย ย
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
Pasir Mas, 24 April 2025 โ Mesyuarat pemegang taruh pertama bagi Projek Pengukuhan Guru dalam Penyampaian Pendidikan Seksualiti Komprehensif (PSK) di Sekolah 2.0 telah diadakan dengan jayanya di Bilik Gerakan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas pada 21 April 2025.ย Mesyuarat ini telah melibatkan kehadiran pelbagai agensi dari seluruh daerah Pasir Mas, dengan tujuh agensi membentangkan kertas kerja masing-masing. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kapasiti guru dalam penyampaian Pendidikan Seksualiti Komprehensif di sekolah, meningkatkan kesedaran dan penerimaan ibu bapa terhadap PSK, serta memperluas pengetahuan dan penyertaan pelajar serta sekolah dalam aktiviti PSK.
Projek ini merupakan hasil usaha Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan dengan sokongan daripada Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut, kerjasama pelbagai pihak telah dicapai untuk merealisasikan matlamat projek serta memperkukuh sinergi antara pendidikan, komuniti, dan agensi berkepentingan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (PBSD Pasir Mas) turut hadir dalam mesyuarat tersebut, diwakili oleh Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen agensi tersebut dalam menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan belia dan masyarakat setempat.
Mesyuarat ini menjadi satu langkah penting ke arah pelaksanaan program pendidikan seksualiti komprehensif yang berkesan, dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak demi kebaikan generasi masa depan.
Disediakan Oleh:ย Urus setia Portalย PBSD Pasir Mas