- JBS Kelantan
- Hits: 19
Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Sukan Komuniti Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan Berlangsung di Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 19
Jeli, 9 September 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Sukan Komuniti Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, hari ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan. Antara yang hadir termasuk Pegawai JAKOA Daerah Jeli, Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Pegawai Kesihatan Daerah Jeli, Guru Besar SK Sungai Rual, Ketua Daerah AADK Jeli serta Penggerak Masyarakat Orang Asli Sungai Rual.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah penetapan tarikh, lokasi, masa, senarai aktiviti serta atur cara bagi majlis perasmian karnival sukan yang dijangka akan diadakan pada awal Oktober 2025.
Karnival ini dijangka menjadi platform untuk memperkukuhkan perpaduan dan penglibatan komuniti Orang Asli dalam aktiviti sukan selain membuka ruang kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Penganjuran karnival ini juga dijangka mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat dalam memperkasakan agenda pembangunan sukan di kawasan pedalaman khususnya dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh #karnivalsukanorangasli
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan