MAYC Pasir Mas Adakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Kota Bharu, 9 September 2025 — Delagasi Majlis Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Pasir Mas telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN Kelantan) semalam. Delegasi MAYC Pasir Mas yang diketuai oleh pengerusinya, Encik Asroy bin Azmi, disambut baik oleh Pengarah JBSN Kelantan, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, di pejabat beliau.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara MAYC dan JBSN Kelantan, selain membincangkan perancangan program belia, sukan, Pendidikan serta aktiviti kesukarelawanan di daerah Pasir Mas khususnya dan negeri Kelantan amnya. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah inisiatif baharu untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti kesukarelaan dan sukan serta memperkenalkan barisan jawatankuasa baharu selaras dengan Akta Pembangunan Belia (Akta 668).

Menurut Encik Asroy bin Azmi, kunjungan ini merupakan langkah proaktif untuk menyelaraskan aktiviti belia dan sukan pickelball di peringkat akar umbi. "Kami berharap dengan kerjasama yang lebih erat, program-program yang dirancang dapat memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan potensi belia di Pasir Mas," katanya.

Sementara itu, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria menyambut baik hasrat MAYC Pasir Mas dan menyatakan sokongan penuh JBSN Kelantan terhadap inisiatif belia di negeri ini. "Jabatan kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan belia dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berakhlak mulia, selaras dengan Dasar Belia Negara " ujarnya.

Sesi kunjungan hormat diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi fotografi, sebagai simbolik kerjasama erat antara kedua-dua pihak. Kedua-dua organisasi berharap agar kerjasama ini akan terus berterusan dan membawa manfaat besar kepada komuniti belia di seluruh Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia

Di sediakan oleh :
URUSETIA PORTAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA, JBSN KELANTAN

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search