Program Badminton Semarak Merdeka Anak Muda Pasir Mas 2025 Raih Sambutan Hangat

Pasir Mas, 8 September 2025 – Program Badminton Semarak Merdeka Anak Muda Pasir Mas 2025 yang berlangsung pada 7 September 2025 di Kubang Gatal Badminton Centre anjuran Majlis Belia Jajahan Pasir Mas telah mencuri perhatian ramai dengan penyertaan luar biasa daripada golongan belia dan agensi-agensi daerah.

Acara yang bermula pada jam 8.00 malam itu menyaksikan sebanyak 27 regu lelaki dan 10 regu wanita bersaing dalam semangat kesukanan dan perpaduan sempena sambutan bulan kemerdekaan. Program ini turut disertai oleh pelbagai agensi termasuk PBSD Pasir Mas, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, KEMAS, RELA, APM, dan Majlis Daerah Pasir Mas, serta sokongan padu daripada belia setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Turut hadir memeriahkan acara ialah Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Lsr Nik Ikhwan Haqim bin Datuk Lsr Dr Hj Hanafi.

Program ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat sukan badminton dalam kalangan belia, malah berjaya mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti setempat dalam suasana penuh patriotik.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#rakanmuda
#RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search