- JBS Kelantan
- Hits: 20
PBSD Jeli Adakan Kunjung Hormat Kepada Tuan Ketua Jajahan Jeli Bincang Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 20
JELI, 8 September 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah mengadakan kunjung hormat kepad YABrs En Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli pada 8 September 2025. Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli bagi tahun 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025.di Universti Malaysia Kelantan Kampus Jeli.
YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan telah membentangkan Kertas Konsep Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) untuk makluman dan tindakan YABRs Ketua Jajahan. Beliau secara dasarnya amat bersetuju dengan Kertas Konsep dan cadangan mengadakan sambutan Hari Sukan Negara tersebut dan akan bersedia untuk hadir merasmikannya.
Beliau telah memutuskan untuk mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Induk sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli diadakan pada 17 September 2025 di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli bagi memastikan perjalanan sambutan tersebut berjalan lancar dengan kehadiran 2000 orang peserta.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli, Unit Sukan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua
#JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
#YakinBoleh
#Hannah Yeoh
#Adam Adli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#Rakan Muda
#belia.my