PASIR PUTEH, 13 MEI 2025 : Dalam suasana santai tetapi bermakna, Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah bertemu murni dengan Puan YM Engku Juliani binti Engku Mokhtar, wakil Pertubuhan Profesional Muda Kelantan (PROMUDA) bagi membincangkan pelaksanaan Program Skills For Life untuk belia-belia di Pasir Puteh.
Program ini bertujuan memberi latihan kemahiran asas kepada belia tempatan melalui pendekatan secara Do-It-Yorself, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup.
Turut hadir bersama, Puan Masyitah Fadilla binti Rosdi @ Mohd Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh juga berkongsi pandangan dan komitmen terhadap usaha memperkasakan belia melalui pendidikan kemahiran jangka pendek ini.
MACHANG, 7 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke rumah Setiausaha Kelab Belia Bandar Machang, Saudari Wan Nureen Aishah binti Wan Yusoff di Taman Perumahan PKINK Padang Selising, Machang.
Beliau telah mengalami patah kaki kiri pada 1 Mei 2025 akibat daripada terjatuh semasa melakukan aktiviti hiking di Denai 3 Puteri, Kota Damansara dan kini beliau masih berehat di rumah beliau.
Turut hadir dalam lawatan ini adalah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, Encik Zaharuddin bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang, serta 2 orang wakil dari Kelab Belia Bandar Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
Gua Musang, 24 April 2025 – Telah berlangsung Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Persekutuan Gua Musang pada 24 April 2025 bersamaan 25 Syawal 1446h bertempat di Lobby Wisma Persekutuan Gua Musang.
Sambutan ini merupakan sambutan kali ke-2 diadakan setelah ianya pertama kali diadakan pada tahun lalu. Ia merupakan hasil cetusan idea Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Bangunan Gunasama Persekutuan Gua Musang.
Menariknya, sambutan ini menampilkan gabungan menu dari 13 Jabatan/Agensi yang bernaung dibawah Wisma Persekutuan Gua Musang antaranya Pejabat Pendidikan, Pejabat Kesihatan dan Pengurusan Bangunan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah menyediakan menu ketupat lemak manis dan tapai. Ianya merupakan antara menu wajib apabila tiba hari raya terutamanya di Negeri Kelantan.
Dari ketupat rendang hingga ke hidangan pencuci mulut tradisional, semua tetamu berpeluang menikmati juadah yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan semangat kebersamaan. Acara ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan, tetapi juga memberi ruang untuk beramah mesra dalam suasana santai dan ceria. Dengan semangat muafakat dan kebersamaan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah mencipta kenangan manis bagi seluruh warga Wisma Persekutuan Gua Musang. Semoga sambutan ini dapat diteruskan pada setiap tahun agar dapat membawa lebih banyak kegembiraan dan ikatan erat dalam kalangan warga kerja Wisma Persekutuan Gua Musang.
PASIR PUTEH, 7 MEI 2025 – Telah berlangsung Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah merupakan sebuah Skim Anugerah yang bertaraf antarabangsa. Program ini telah diadaptasi daripada program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebaga The International Award for Young People. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1956 di United Kingdom dan kini disertai oleh 147 buah negara seluruh dunia.
Skim pengiktirafan oleh pihak kerajaan ini mengiktiraf penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 24 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan mereka melaui pendekatan sepuluh (10) Gaya Hidup Rakan Muda. Program ini bukan suatu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada mengamalkan gaya hidup yang seimbang, fleksibel, penglibatan secara sukarela yang berterusan dan menyeronakkan. Kualiti program ini dikawal daripada segi pematuhan kepada piawaian dan prinsip yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Taklimat ARPRM ini telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Jaafar, Pemerintah Kawasan St John Ambulans Malaysia Kawasan Kelantan Timur merangkap Pemimpin ARPRM. Turut sama Puan Masyitah Fadilla binti Rosdi @ Mohd Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
MACHANG, 6 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan satu sesi perbincangan terakhir pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Machang 2025 bersama pihak Sekolah Menengah Sains Machang.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Muhammad bin Daud, Pengetua Sekolah Menengah Sains Machang bersama Tuan Haji Ahmad Shahru bin Haji Mohd Nor, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Machang dan Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang membincangkan tentang perancangan dan pengisian acara Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Machang 2025 yang akan berlangsung pada 15 Mei 2025 bertempat di Sekolah Menengah Sains Machang.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
KOTA BHARU, 28 April 2025 – Mesyuarat Jalinan Kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah bersama kelab dan persatuan belia,sukan dan rakan muda di Daerah Kota Bharu. Kehadiran kelab dan persatuan belia ke Mesyuarat Jalinan Kasih ini sangat dialu-alukan bagi merancakkan lagi jalinan mesra dan kerjasama antara pejabat ini dan Non Goverment Organization (NGO) dalam pelaksanaan program Belia, Sukan dan Rakan Muda di Daerah Kota Bharu. Puan Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran kelab dan persatuan ke mesyuarat ini.
Dalam mesyuarat ini, ahli kelab dan persatuan di Daerah Kota Bharu amnya sangat mesra menyantuni antara satu sama lain dan masing-masing berkongsi pengalaman dalam menyertai aktiviti belia,sukan dan rakan muda di Daerah Kota Bharu.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu berharap agar semua persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda sentiasa menyokong aspirasi persatuan dalam pelaksanaan program dan kursus berkaitan belia dan sukan terutamanya di bawah pentadbiran Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
Kota Bharu, 28 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Kota Bharu pada 22 April 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNK.
Tujuan utama kunjung hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Kota Bharu disamping mendapatkan pandangan dan cadangan bagi permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan. Disamping itu juga turut dibincangkan ruang dan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak serta hala tuju pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Kota Bharu.
En. Aqil Iqbal bin Mohd Zulkifli, Yang Dipertua ABIM Kota Bharu, hadir bersama En.Mohd Aqif bin Ab.Halim,ahli ABIM Kota Bharu serta En Suhail bin Wan Azhar ,ahli ABIM Kota Bharu. Sesi perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Pn.Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.Turut hadir Pn.Nur Amalina bt Mat Hussin, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
KOTA BHARU, 27 APRIL 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu telah mengadakan perbincangan bagi pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025.
Program ini adalah bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2025 di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan serta menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.
Kehadiran YBrs Puan Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah disambut mesra oleh En.Rozhan bin Ab.Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, turut hadir En. Mohammad bin Ismail Pegawai AADK kota Bharu serta En. Ruzaini Aiman bt Ruzlan, Pengerusi Kelab Belia Tunjong.
Lawatan ini adalah juga sebagai kunjung hormat PBSD Kota Bharu dengan Pengetua SMK Pengkalan Chepa 2 disamping memberi ruang kepada urusetia pelaksana Semarak Hari Belia Negara membuat penilaian terhadap kemudahan dan persekitaran yang sesuai bagi pelaksanaan program tersebut. PBSD Kota Bharu menerusi program ini akan terus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan, NGO dan Komuniti setempat bagi mempastikan pembangunan belia berterusan untuk jangka panjang yang memberi impak positif kepada masyarakat umumnya.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
Tanah Merah, 28 April 2025 – Tanah Merah, Kelantan – Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tanah Merah 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 April 2025, memperlihatkan semangat kesukanan dan perpaduan komuniti yang luar biasa. Kejohanan ini melibatkan tiga acara utama, iaitu Sepak Takraw , Bola Jaring , dan Ping-Pong Berpasukan Campuran , yang diadakan serentak di lokasi-lokasi berbeza di sekitar Tanah Merah.
Gelanggang Sepak Takraw Mark Perk menjadi medan pertembungan sengit bagi acara Sepak Takraw, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mahmud Paduka Raja 1 pula menyaksikan aksi hebat para atlet bola jaring. Tidak ketinggalan, Dewan Ping-Pong Kg Padang Siam menjadi tumpuan bagi peminat sukan ping-pong, di mana pasukan campuran menunjukkan kemahiran dan sinergi mereka dalam sukan berprestij ini.
Penganjuran kali ini mencatatkan sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat, dengan penyertaan melibatkan pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Johan dan Naib Johan daripada setiap acara bakal membawa nama Daerah Tanah Merah untuk bersaing di Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan , yang dijadualkan berlangsung pada Ogos tahun ini.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat sukan tetapi juga sebagai simbol perpaduan komuniti. Liga Sukan Komuniti ini adalah peluang untuk memperkuat hubungan antara komuniti sambil mencungkil potensi atlet baharu dari peringkat akar umbi. Liga Sukan Komuniti ini membuktikan bahawa sukan mampu menjadi pemangkin perpaduan serta medan untuk menyerlahkan bakat-bakat baharu yang menjanjikan masa depan yang cerah. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada komuniti untuk menjadikan sukan sebagai elemen penting dalam membina masyarakat yang harmoni dan progresif.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah