- JBS Kelantan
- Hits: 5
Mesyuarat Pengurusan JBSNK Bil.9/2025 : Fokus Pemerkasaan Program Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 5
Kota Bharu, 24 September 2025 - Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil.9 Tahun 2025 telah diadakan hari ini yang dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, JBSNK. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyelaras hala tuju strategik jabatan menjelang suku akhir tahun.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah barisan pegawai pengurusan tertinggi jabatan iaitu Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia), En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus KOMBES, Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah serta pegawai-pegawai unit dari pelbagai bahagian jabatan.
Mesyuarat ini membincangkan pelbagai laporan semasa serta perancangan program yang bakal dilaksanakan, termasuk penilaian keberkesanan program belia dan sukan yang telah dijalankan sepanjang tahun, perancangan aktiviti dan pembangunan komuniti belia serta inisiatif kolaborasi antara jabatan dan agensi luar bagi memperluaskan lagi impak pelaksanaan program.
Dengan semangat kolaboratif dan komitmen tinggi daripada semua pihak, JBSNK terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa belia dan memperkukuh pembangunan sukan di Negeri Kelantan.
Mesyuarat turut menekankan kepentingan penyelarasan antara unit serta pengukuhan komunikasi dalaman bagi memastikan setiap program mencapai objektif yang digariskan dalam Pelan Strategik JBSNK. Dengan semangat kolaboratif dan komitmen tinggi daripada semua pihak, JBSNK terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa belia dan memperkukuh pembangunan sukan di Negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan